KENANGAN KAMI

Khidmat Kami..

Rasional penubuhan kelab,Misi dan visi kelab


RASIONAL PENUBUHAN KELAB

Penubuhan Excellence Sifoo Club ini adalah penting kerana:

1.        Pelajar IPG Kampus Sultan Mizan jarang memberikan sumbangan kepada masyarakat sekitar, dengan penubuhan Excellence Sifoo Club ini, pelajar IPG KSM akan mempunyai satu wadah untuk memberikan sumbangan kepada masyarakat sekitar.
2.        Sumbangan pelajar terhadap masyarakat sekitar IPG KSM hanya dijalankan pada masa Program Bina Insan Guru (BIG) diadakan sahaja. Namun penubuhan Excellence Sifoo Club ini, pelajar dapat memberikan sumbangan mereka kepada masyarakat pada bila masa.
3.        Penubuhan Excellence Sifoo Club dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang cara menguruskan sesuatu program dan kaedah berurusan dengan pihak-pihak luar.
4.        Pergerakan Excellence Sifoo Club yang didaftarkan di bawah IPG mampu mengharumkan nama IPGMKampus Sultan Mizan sebagai sebuah IPG yang mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat setempat.

VISI
“Menjadi sebuah kelab yang berjaya mengangkat nama IPG di persada negara”

MISI EXCELLENCE SIFOO CLUB
“Melahirkan remaja yang cemerlang didunia dan di akhirat sebagai persediaan untuk menjadi seorang pendidik yang akan mendidik remaja yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui keseimbangan jasmani,emosi, rohani, intelek dan sosial.”

Penulis : ESC.. ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Rasional penubuhan kelab,Misi dan visi kelab ini dipublish oleh ESC.. pada hari Friday, January 14, 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan Rasional penubuhan kelab,Misi dan visi kelab
 

0 comments:

Post a Comment