Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, selesai sudah Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sk Lati bagi sesi 2015. Para pelajar (pengawas serta pengawas pusat sumber sekolah) telah berjaya melalui kem kepimpinan ini yang berlangsung selama 3 hari dengan penuh semangat dan berwajah baru. Bermula pada 2 April sehingga 4 April 2015, alhamdulillah, kem ini berjalan dengan lancar dibawah kepimpinan organisasi Excellence Sifoo Club IPGKSM 2015/2016. Berikut merupakan beberapa aktiviti dan slot yang dilaksanakan sepanjang kem berlangsung :
Sesi Pendaftaran Para Pelajar (:
Riadah pagi di Pantai Bukit Kluang, Besut (:
LDK - Berbincang didalam kumpulan tentang langkah-langkah terbaik menangani masalah pelajar di sekolah (dibantu oleh fasilitator) . Di samping menjana idea dan sifat kepimpinan dalam diri mereka, nilai kerjasama dalam kumpulan turut ditekankan (:
Slot Motivasi - Meningkatkan jati diri pelajar dan rasa untuk lebih menghargai ibu bapa
para pelajar (:
Riadah Petang - Pelajar bergembira dan berhibur dengan pelbagai game yang dijalankan. Bukan itu sahaja, slot riadah ini juga mengeratkan lagi hubungan antara fasilitator dan pelajar (:
Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pemimpin Muda - Inilah barisan guru-guru pembimbing, para fasilitator serta semua peserta kem kepimpinan pada kali ini.
Dengan harapan tinggi, semoga para pelajar mampu mengubah diri menjadi lebih baik agar mereka mampu mengubah orang lain juga untuk menjadi lebih baik. Jadilah pemimpin hebat .
PEMIMPINNNNN ! KAMI HEBAT !
0 comments:
Post a Comment