Penubuhan Excellence Sifoo Club merupakan satu perkara yang perlu dilihat sebagai pencapaian yang hebat oleh bakal guru–guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan kerana ia merupakan satu usaha untuk membolehkan para guru pelatih menyumbangkan sedikit tenaga dalam membentuk masyarakat yang berjiwa muslim sejati. Berdasarkan keadaan dunia yang penuh dengan gejala – gejala sosial sekarang ini, khidmat guru–guru pelatih yang berpengalaman menjadi fasilitator dalam Excellence Sifoo Club boleh membantu mengurangkan masalah yang berlaku ini dengan cara menerapkan nilai-nilai murni pada diri murid-murid sekolah melalui program-program yang dijalankan.
Penubuhan Excellence Sifoo Club merupakan satu perkara yang perlu dilihat sebagai pencapaian yang hebat oleh bakal guru–guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan kerana ia merupakan satu usaha untuk membolehkan para guru pelatih menyumbangkan sedikit tenaga dalam membentuk masyarakat yang berjiwa muslim sejati. Berdasarkan keadaan dunia yang penuh dengan gejala – gejala sosial sekarang ini, khidmat guru–guru pelatih yang berpengalaman menjadi fasilitator dalam Excellence Sifoo Club boleh membantu mengurangkan masalah yang berlaku ini dengan cara menerapkan nilai-nilai murni dan modal insan pada diri murid-murid sekolah melalui program-program yang dijalankan.
Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara dan menjadi teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Tidak ada negara mampu mencapai kemajuan tanpa memiliki modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan. Oleh itu, membangun, menarik dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia merupakan prasyarat penting bagi mencapai hasrat negara.
Penubuhan Excellence Sifoo Club ini juga bagi menyahut seruan kerajaan dalam menyuburkan modal insan kepada para pelajar seperti yang termaktub dalam tempoh Rancangan Malaysia kesepuluh (2011-2015), Kerajaan akan mengguna pakai rangka kerja pembangunan modal insan yang bersepadu. Rangka kerja ini akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat di sepanjang kitar hayat, bermula daripada pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan asas, pendidikan tertiari sehingga ke alam pekerjaan dengan melaksanakan strategi berikut:
• Merombak sistem pendidikan untuk meningkatkan prestasi pelajar dengan signifikan;
• Meningkatkan kemahiran rakyat untuk meluaskan kebolehpasaran; dan
• Menyusun semula pasaran pekerjaan untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi
Bukan itu sahaja, Kelab ini juga membantu hasrat kerajaan dalam menjayakan bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). NKRA pendidikan merupakan landasan dan titik permulaan dalam usaha menambah baik prestasi pelajar dalam sistem pendidikan peringkat sekolah secara menyeluruh, serta membolehkan mereka mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.
Selaras dengan pengalaman pelaksanaan sistem pendidikan terbaik dunia dan keperluan untuk menghasilkan peningkatan prestasi pelajar yang signifikan, empat strategi akan diguna pakai dalam tempoh Rancangan ini
• Memastikan setiap kanak-kanak boleh Memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya. Menetapkan harapan yang tinggi kepada semua pelajar tanpa mengira latar belakang dan menyediakan bantuan dan sokongan yang sistematik terutama kepada mereka yang ketinggalan dalam pembelajaran;
• Menjadikan sekolah bertanggungjawab terhadap prestasi pelajar. Memberikan autonomi kepada beberapa aspek pengurusan sekolah sebagai ganjaran ke atas peningkatan signifikan pencapaian pelajar
• Membuat pelaburan bagi membangun kepemimpinan unggul di setiap sekolah. Membuat pelaburan yang besar bagi meningkatkan prestasi kepimpinan sekolah sebagai pemangkin utama perubahan menerusi kriteria pemilihan yang ketat, latihan dan pengurusan prestasi yang mantap berdasarkan prestasi pelajar; dan
• Meningkatkan daya tarikan profesion keguruan dan menghasilkan guru terbaik. Menjadikan profesion keguruan lebih menarik supaya lebih ramai individu berkebolehan tinggi berminat menyertainya, meningkatkan kualiti latihan praktikum, dan memantapkan pengurusan prestasi serta pembangunan profesional bertaraf dunia yang berterusan.
Bermula daripada usaha yang dijalankan kami selaku fasilitator, usaha dalam membentuk kejayaan kanak-kanak atau murid,memneri pendedahan kepada sekolah tentang tanggungjawab mereka terhadap kecemerlangan murid sehingglah melahirkan kami selaku guru-guru pelatih menjadi guru yang berkelayakan,memenuhi profesion perguruan dan menjadi guru yang terbaik. Oleh kerana itu, manifestasi penubuhan kelab ini adalah lebih menyeluruh dalam membantu kecemerlangan murid serta membentuk nilai keguruan dalam diri setiap guru pelatih yang menyertai kelab ini.