KENANGAN KAMI

Khidmat Kami..

Program Santai Pasca UPSR ( PROSPAU )










a) Nama Program
“Program Santai Pasca UPSR (PROSPAU)”
b) Tarikh Program
11 Oktober 2011


c) Tempat Program
Dewan Bendahara, IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu


d) Penganjur
Excellence Sifoo Club (IPG KSM) Dengan Kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (IPG KSM) & SK Gong Bayur, Besut


e) Kumpulan Sasaran/Peserta

200 Orang Pelajar terpilih di daerah Besut, Terengganu
f) Ringkasan Perjalanan Program (Rumusan mengikut sebelum, semasa dan selepas keseluruhan program)

PROSPAU merupakan satu bentuk cetusan idea yang memberi ruang kepada para pelajar Tahun Enam untuk menfaati masa mereka selepas UPSR dengan mengikuti sebuah program yang bermanfaat terutamanya dalam membuat persediaan untuk melangkah kea lam sekolah menengah.
 
Dalam jangkamasa persediaan menghadapi program tersebut, Excellence Sifoo Club telah membuat pelbagai persediaan termasuklah penyediaan tempat, masa, tenaga kerja, penaja bersama, bahan-bahan yang akan digunakan serta Training Of Trainer (TOT) bagi setiap peserta. Dengan usaha keras yang dilakukan, kami telah Berjaya mendapat beberapa penaja dari syarikat-syarikat persendirian sekitar besut serta daripada wakil rakyat Dun Jabi. Kerjasama yang diberikan ahli kelab serta ketokohan pemimpin kelab telah memberikan banyak cetusan idea dalam beberapa siri perbincangan yang dilakukan dan menyelesaikan kerja serta sebarang permasalahan. Sekolah-sekolah yang dijemput untuk menghadiri program ini juga memberikan respons yang agak baik, dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memberi kelulusan untuk penyertaan sekolah telah melancarkan lagi program ini.
 






Secara kesuluruhannya, perjalanan program PROSPAU berjalan dengan baik dan lancer. Bermula dengan pendaftaran peserta, ice breaking dan mini game yang diadakan pada permulaan program memberikan keselesaan dan respon yang baik dari para pelajar serta fasilitator. Peserta memberikan kerjasama yang sangat baik dan ceria terutamanya dalam memeriahkan aktiviti ice breaking dan mini game. Slot pada pagi ini juga member peluang kepada para pelajar untuk saling berkenalan dengan rakan baru mereka.

Seterusnya, para pelajar mengikuti aktiviti ceramah : Melangkah Ke Alam Remaja (MEKAR) yang disampaikan sendiri oleh penasihat pelajar kelab ESC, saudara Ahmad Fahmi untuk pelajar lelaki dan saudari Siti Salwa untuk pelajar perempuan. Slot ini member peluang kepada peserta untuk memahami keperluan mereka dalam persediaan menghadapi alam remaja dan alam sekolah menengah yang lebih mencabar. Ini diikuti dengan aktiviti Smart Solat yang dikendalikan oleh Exco Agama, Kerohanian dan Pendidikan JPP IPG KSM, saudara Che Rozairi Che Mohd Nor. Slot ini membekalkan kepada para pelajar tatacara solat yang betul dan pengisian jiwa dalam membentuk peribadi muslim yang soleh dan solehah.
 
Pada sebelah petang, para peserta dibawa untuk bersiar-siar dan meronda-ronda di sekitar IPG KSM diawasi oleh para fasilitator. Rata-rata peserta kelihatan teruja melihat kemudahan-kemudahan dan suasana pembelajaran di IPG. Ini secara tidak langsung memberikan mereka motivasi untuk lebih Berjaya dalam bidang pendidikan dan melanjutkan pelajaran di institusi-institusi yang lebih tinggi kelak. Seterusnya, para peserta mengikuti slot Science Apprentice dimana pelabagai aktiviti yang lebih menjurus kepada hands-on acitivity dalam subjek sains seperti trompet straw, Magic Ball, Flying Straw, Lazy Coin dan banyak lagi. Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai konsep sains yang tersendiri dan konsep itu diterangkan sendiri oleh para fasilitator kepada para peserta. Ini secara tidak langsung memberikan mereka pelbagai input yang berilmiah sambil menjalankan akitiviti yang menyeronokkan.
 






Program PROSPAU ini diakhiri dengan majlis penutupan yang dirasmikan sendiri oleh pensyarah penasihat Excellence Sifoo Club, Dr.Sidek Bin Said. Turut serta dalam majlis tersebut adalah GPK 1 Sk. Gong Bayur, Penasihat Pelajar ESC serta semua fasilitator dan peserta. Dalam ucapan terakhir yang diberikan oleh pensyarah penasihat ESC, beliau berharap agar aktiviti ini akan dapat diteruskan dan membuat penambaihbaikan dalam setiap kekurangan yang ada. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sehingga ke akhirnya.

Dengan penuh pengharapan agar program seperti ini dapat diteruskan dan membuat penambahbaikan terutamnay daripada aspek pengurusan kerja dan perlaksanaan agar lebih teratur. Disamping itu, aktiviti yang dijalankan boleh dipelbagaikan kepada bentuk yang lebih menarik agar para peserta tidak cepat berasa bosan dan lebih ilmiah serta memberikan motivasi kepada peserta.