KENANGAN KAMI

Khidmat Kami..

KEM KEMPIMPINAN SK KANGKONG & SMU(A) TARBIAH DINIAH

Syukur syukur syukurrrr alhamdulillah (: KEM KEPIMPINAN untuk kali yang seterusnya bersama pelajar-pelajar dari SK Kangkong dan SMU(A) Tarbiah Diniah telah dijalankan dengan jayanya .

Berlatar-belakangkan 2 jenis sekolah yang berbeza untuk kem kali ini bukanlah suatu halangan untuk pelajar-pelajar ini, malah menjadikan mereka satu keluarga yang semakin rapat antara satu sama lain.

JOM ! KITA TENGOK AKTIVITI SEPANJANG KEM :D

 #DAY 1 
Sesi Pendaftaran Pelajar (:



Aktiviti bersama pelajar - menyanyi dan bermain game






Riadah petang ! Seronok pemimpin-pemimpin muda kita ber-senamrobik bersama facy (:


LDK 1 - Pelajar bertungkus lumus memikirkan idea "tiptop" dan bekerjasama sesama ahli kumpulan
dan juga tidak ketinggalan fasi yang turut membantu anak-anak buah mereka (:

#DAY 2
Misi mendaki Bukit Kluang ! 



Sarapan pagi special punya - venue @ pantai Bukit Kluang :D

Riadah pagi - setelah penat mendaki, kita main game duluuu kat pantai :D



LDK - aktiviti ni paling mencabar sekali. anak-anak buah kena tutup mata, ketua perlu beri arahan. Time ni la nak uji kecekapan seorang pemimpin dan semangat setia kawan dan kesabaran dalam setiap kumpulan (:

Wajah-wajah keriangan setelah berjaya mengharungi cabaran tadi :D 
Goodjob kids !



Riadah Petang - Pelajar melibatkan diri dengan pelbagai game menarik dan menghiburkan.
Walaupun penat tapi seronokkkk (Y)



Malam terakhir - sesi muhasabah diri / refleksi diri 

Inilah sedikit sebanyak 'memori tercipta' bersama pemimpin-pemimpin muda dari SK Kangkong dan SMU(A) Tarbiah Diniah. Tiada harapan lain selain mengharapkan yang terbaik dari mereka agar menjadi pemimpin yang HEBAT di sekolah masing masing (:



#KEMKEPIMPINANPEMIMPPINMUDAAWESOME !
#WELOVETHISCAMP !




READMORE
 

KEM KECEMERLANGAN UPSR - BAHASA INGGERIS & SAINS

Pada 28-30 Jun 2015 yang lalu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh, Kelantan telah melancarkan satu Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris dan Sains untuk pelajar UPSR 2015. Pihak PPD telah memilih IPG Kampus Sultan Mizan sebagai pusat menjalankan kem tersebut, yang berlangsung selama 3 hari. Dengan bantuan organisasi kami, ESC kali ini telah terlibat bagi menjayakan slot riadah bersama pelajar.



Senamrobik bersama fasilitator setelah beberapa jam mendengar seminar Bahasa Inggeris.
Releasing tensions :D





Para peserta diarahkan untuk membuat bulatan untuk game seterusnya (:



Konsepnya mudah, belajar,belajar juga . Tapi riadah jangan lupa ! 
Badan cergas, otak cerdas :D

Selamat maju jaya dalam upsr dan kehidupan seterusnya ! ANDA BOLEH !

READMORE
 

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK LATI (2015)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, selesai sudah Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sk Lati bagi sesi 2015. Para pelajar (pengawas serta pengawas pusat sumber sekolah) telah berjaya melalui kem kepimpinan ini yang berlangsung selama 3 hari dengan penuh semangat dan berwajah baru. Bermula pada 2 April sehingga 4 April 2015, alhamdulillah, kem ini berjalan dengan lancar dibawah kepimpinan organisasi Excellence Sifoo Club IPGKSM 2015/2016. Berikut merupakan beberapa aktiviti dan slot yang dilaksanakan sepanjang kem berlangsung :


Sesi Pendaftaran Para Pelajar (:





Riadah pagi di Pantai Bukit Kluang, Besut (:



LDK - Berbincang didalam kumpulan tentang langkah-langkah terbaik menangani masalah pelajar di sekolah (dibantu oleh fasilitator) . Di samping menjana idea dan sifat kepimpinan dalam diri mereka, nilai kerjasama dalam kumpulan turut ditekankan (:



Slot Motivasi - Meningkatkan jati diri pelajar dan rasa untuk lebih menghargai ibu bapa 
para pelajar (:




Riadah Petang - Pelajar bergembira dan berhibur dengan pelbagai game yang dijalankan. Bukan itu sahaja, slot riadah ini juga mengeratkan lagi hubungan antara fasilitator dan pelajar (:



Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pemimpin Muda - Inilah barisan guru-guru pembimbing, para fasilitator serta semua peserta kem kepimpinan pada kali ini. 



Dengan harapan tinggi, semoga para pelajar mampu mengubah diri menjadi lebih baik agar mereka mampu mengubah orang lain juga untuk menjadi lebih baik. Jadilah pemimpin hebat .

PEMIMPINNNNN ! KAMI HEBAT !

READMORE
 

Kursus Kepimpinan Pengawas SK KG BULOH 2014

Tahun Baru menjelma lagi,
Menerokai dan Menyinari,
Bakat-bakat terpendam dalam diri,
Untuk menjadi pemimpin sejati.



Dalam menjadi pemimpin sejati,
setiap langkah harus diteliti,
Unsur pengorbanan sememangnya pasti,
kerana itu ciri pemimpin sejati.


Unsur Keagamaan perlu ada,
Dalam menjadi 
pemimpin
Unggul. 

Duniawi dan Ukhrawi.


Kami,
Membentuk keyakinan,
Memantapkan diri,
Melaksanakan amanah,
Meneroka kejayaan,

Demi menjadi pemimpin berwibawa.


Sebulat Suara Satu Sepakat Satu Tekad.
READMORE
 

Mesyuarat Agong Excellent Sifoo Club 2014

Mesyuarat Agong Excellence Sifoo Club 2014 yang jatuh pada 22 Januari telah selamat dijalankan di Dewan Al-Khindi. Perubahan barisan baru diharapkan dapat memberi suntikan kepada kelab ini untuk melabuhkan serta memberi input-input menarik kepada generasi akan datang. Insya Allah.

Dimulakan dengan bacaan doa

Jemputan Pensyarah Penasihat 






 Ucapan dari Pengerusi Excellence Sifoo Club 2014








            Ucapan dari Pensyarah Penasihat







Barisan Ahli ESC









KOMITMEN KAMI,
BUKAN SEKADAR DI LAPANGAN,
KAMI MEMBINA,
BERKERJA,
UNTUK MENCIPTA YANG TERBAIK,
DEMI YANG TERBAIK..
READMORE
 

KEM INDUKSI FASILITATOR (3-5 OKTOBER 2013)


KEM INDUKSI FASILITATOR
3-5 OKTOBER 2013
AGRO RESORT, SETIU..




MEMBINA KEBERANIAN DAN KEYAKINAN MAHASISWA FASILITATOR..


PENAT MENGHARUNGI PERJALANAN 3 JAM UNTUK JUNGLE TRACKING..


PENYAMPAIAN PEMIMPIN KARISMATIK DARIPADA DR.SIDEK SAID (KETUA JABATAN ILMU PENDIDIKAN)


BRAINSTORMING KEPIMPINAN KARISMATIK..


KEMATANGAN DIBINA DISINI, KAMI PUNYA VISI, MISI, MATLAMAT PENDEK DAN JANGKA PANJANG..


'WATER CONFIDENCE'


FOKUS, MINDA AKTIF AMALAN KAMI, DIDIKAN KAMI..


SEMOGA KEM INI MEMBINA KEPERIBADIAN PEMIMPIN BERKARISMA,
FASILITATOR BERKALIBER,
INSAN YANG HEBAT..

READMORE
 

PROGRAM MOTIVASI UPSR SK DARAU




PERUBAHAN ITU MENUNTUT PENGORBANAN,
PENGORBANAN ITU BENAR SATU KELELAHAN,
TETAPI,
DIPENGHUJUNGNYA,
ADA KEMANISAN..
BERNAMA KEMENANGAN

I'LL NEVER GIVE UP UNTIL I WIN !!

SK DARAU...
PENGALAMAN BARU,
CABARAN BARU,
DISINI SEJARAH TERCIPTA!
READMORE
 

Program Motivasi Sk Air Terjun

Program ini adalah program motivasi bagi murid tahun 5. Ianya bertujuan bagi memberikan motivasi kepada mereka tentang hala tuju mereka selaku insan cemerlang. Pelajar yang aktif, sangat memberikan tumpuan kepada penyampaian dan aktiviti, ianya sangat mengasyikkan!! Yakin, mereka adalah antara insan cemerlang kelak!!
The Choice Is in Your Hands !!





READMORE
 

Program Motivasi Kecemerlangan Sk Alor Keladi


 Program ini merupakan program pertama yang dilakukan di sekolah alor keladi, seramai 4 orang fasilitator ESC menghadiri program ini dan ada diantara mereka yang berjaya mengendalikan beberapa slot dengan baik. Program ini adalah gabungan pelajar tahun 4,5, dan 6. Ianya bertujuan untuk memberi motivasi betapa pentingnya diri mereka dalam mencapai kejayaan.

Buat adik-adik sk alor keladi, pilihan di tangan kita, segalanya sudah ada digenggaman, hanya perlu untuk kita ukir, kita bina kejayaan buat kebanggan anda semua.



READMORE