KENANGAN KAMI

Khidmat Kami..

KEM KECEMERLANGAN UPSR - BAHASA INGGERIS & SAINS

Pada 28-30 Jun 2015 yang lalu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh, Kelantan telah melancarkan satu Kem Kecemerlangan Bahasa Inggeris dan Sains untuk pelajar UPSR 2015. Pihak PPD telah memilih IPG Kampus Sultan Mizan sebagai pusat menjalankan kem tersebut, yang berlangsung selama 3 hari. Dengan bantuan organisasi kami, ESC kali ini telah terlibat bagi menjayakan slot riadah bersama pelajar.



Senamrobik bersama fasilitator setelah beberapa jam mendengar seminar Bahasa Inggeris.
Releasing tensions :D





Para peserta diarahkan untuk membuat bulatan untuk game seterusnya (:



Konsepnya mudah, belajar,belajar juga . Tapi riadah jangan lupa ! 
Badan cergas, otak cerdas :D

Selamat maju jaya dalam upsr dan kehidupan seterusnya ! ANDA BOLEH !

 

Kem Kepimpinan Pemimpin Muda SK LATI (2015)

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, selesai sudah Kem Kepimpinan Pemimpin Muda Sk Lati bagi sesi 2015. Para pelajar (pengawas serta pengawas pusat sumber sekolah) telah berjaya melalui kem kepimpinan ini yang berlangsung selama 3 hari dengan penuh semangat dan berwajah baru. Bermula pada 2 April sehingga 4 April 2015, alhamdulillah, kem ini berjalan dengan lancar dibawah kepimpinan organisasi Excellence Sifoo Club IPGKSM 2015/2016. Berikut merupakan beberapa aktiviti dan slot yang dilaksanakan sepanjang kem berlangsung :


Sesi Pendaftaran Para Pelajar (:





Riadah pagi di Pantai Bukit Kluang, Besut (:



LDK - Berbincang didalam kumpulan tentang langkah-langkah terbaik menangani masalah pelajar di sekolah (dibantu oleh fasilitator) . Di samping menjana idea dan sifat kepimpinan dalam diri mereka, nilai kerjasama dalam kumpulan turut ditekankan (:



Slot Motivasi - Meningkatkan jati diri pelajar dan rasa untuk lebih menghargai ibu bapa 
para pelajar (:




Riadah Petang - Pelajar bergembira dan berhibur dengan pelbagai game yang dijalankan. Bukan itu sahaja, slot riadah ini juga mengeratkan lagi hubungan antara fasilitator dan pelajar (:



Majlis Penutup Kem Kepimpinan Pemimpin Muda - Inilah barisan guru-guru pembimbing, para fasilitator serta semua peserta kem kepimpinan pada kali ini. 



Dengan harapan tinggi, semoga para pelajar mampu mengubah diri menjadi lebih baik agar mereka mampu mengubah orang lain juga untuk menjadi lebih baik. Jadilah pemimpin hebat .

PEMIMPINNNNN ! KAMI HEBAT !